Ada macam-macam pengalaman istimewa ketika ke Seoul, Tapi pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan adalah ke Seoul Tower.
Ketika kami ke Seoul, Korea sedang menyambut Chuseok ( Moon Festival) iaitu salah satu Perayaan dan cuti am selama 3 hari di Korea. Jadi bila cuti am, ramailah pelancong dalam negara dan luar negara sama-sama ingin mengenali budaya dan keindahan Seoul.
Kenapa saya teringin sangat untuk ke Seoul Tower? Sebab Drama Korea! For the record, saya bukan peminat drama korea, tapi drama korea memang banyak memaparkan tempat menarik di negara mereka. So, rasa teringin sangat nak tengok apa yang best sangat tu :)
Malam Ketiga di Seoul kami ada sedikit masa lapang untuk activiti sendiri jadi bercadang untuk ke Seoul Tower. Kami naik teksi dari hotel kami di Best Western Premier Kukdo, walaupun hotel dgn subway train sangat dekat tapi sebab kaki sakit berjalan selama dua hari, kami pilih untuk naik teksi sahaja haha,
Uncle teksi turunkan kami di spot utk naik bas, kalau untuk naik cable car perlu naik di other side of the hill. turun saja daripada teksi, panjang betul line orang menunggu bas. jam di tangan menunjukkan 730. Bagi peluang pada diri tunggu sehingga jam 8. Kalau tak sempat juga naik bas, kita balik hotel jela urut kaki :p
bas yang ketiga, penuhhhh.
Semasa tunggu tu, berbual dengan seorang pelancong tempatan. dia cakap kamu daki jela. tunggu-tunggu nanti terlepas seoul tower. terpikir juga, tapi nak mendaki 262 m dari kaki bukig ke puncak gunung pastu kaki penat sakit berjalan ni mcm mana ya. berbincang-bincang and sepakat - that we have nothing to lose kalau mendaki pun, kalau tak mendaki nak tunggu bas yang entah bila boleh naik. maka bermulalah pendakian. Baru 10 minit saya rasa mcm nak nangis, walaupun jalan untuk mendaki sangat baik dan selamat tapi it was such a steep climb. i nak melancong bukan nak hiking or exercise kt korea laaaa tskkk tskk.
rezeki kami, tengah-tengah mendaki tu, sebuah bas berhenti dan mereka panggil utk naik. Ya Allah bersyukur sangat :) So, bila dah sampai atas, apa yang ada di Seoul Tower?
Sedikit informasi tentang apa yang menarik di Seoul Tower.
Inilah dia Seoul Tower yang terletak di atas Gunung Namsan. Dahulunya dikenali sebagai Namsan Tower tapi kini dipanggil N-Seoul Tower.
Kami berniat nak masuk ke Teddy Bear Museum, tapi terlalu ramai orang beratur membeli tiket. Teddy Bear Museum adalah muzium sejarah tetapi menggunakan teddy bear sebagai watak. Oleh kerana terlalu ramai orang, kami batalkan niat untuk membeli tiket masuk, lagipun keesokan harinya kami akan ke National Museum Korea jadi masih sempat kami nak belajar tentang sejarah Korea.
bye-bye teddy bear museum
kami pun terus ke Love Padlock Seoul Tower. Untuk ke bahagian ini Free Je tak perlu tiket.
our friend, izzah on heart chair
posing dengan love padlock :)
turn izzah pulak :)
si izzah ni tak bawak padlock n tak beli padlock kt bawah tu, tapi nak jugak tulis kata-kata cintun. Haha.
punyelah bersemangat :)
lovepadlock from indonesia i believe :)
light show pada tower. tunjuk video menarik melalui pancaran pada menara. hari-hari biasa tak ada ye, sebab ni istimewa hari cuti umum.
local tv interviewing local tourist. masa ni, i asik lalu lalu sekitar diorang bagi diorang perasaan i. kot-kot lah nak tanya pengalaman foreign tourist ada chance la masuk tv korea. tapi dieorg senyum jeeee kat i. cehhhhh!
random. haus la tu daki bukit :p
inside N Lounge. Boleh coffee-coffee kat sini.
cuti-cuti umum serious penuh, dalam restaurant penuh, dalam tower penuh, dalam dek pemadangan penuh. penuh la manusiaaa kt seoul tower. mmg hot spot! :)
kannn?
untuk turun kami menaiki cable car weeee. tiket beharga rm18 ( harga siap convert ni i bgtau sebab dah lupa harga won )
yay! :)
setelah berhimpit-himpit dalam cable car yang dah macam sardin sampailah kami kat bawah. balik dr seoul tower ni kami pergi myeong dong lagi, jalan kaki plak tu pergi myeong dong! ahahah. tak insaf kaki sakit
tips - pergilah siang hari atau awal pagi sebab gambar lebih menarik dan lebih banyak masa boleh berada di sana sebab kurang padat dengan orang. ada gambar from ipad dan camera. maaf kalau ada low quality and kejap ada watermark kejap tak ada.
to boayo Seoul Tower :)
till we meet again and ill bring love padlock along with a love life next time :p
*to boayo means good bye in korea.